fbpx

Raya rayu Arsenal beri kontrak tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAYA berharap prestasi cemerlang dipamer musim ini cukup untuk membuatkan Arsenal tertarik mendapatkannya secara kekal. - AFP

LONDON – Penjaga gol Arsenal, David Raya optimis bahawa kelab tersebut akan mengekalkannya selepas akhir musim ini setelah berjaya mempamerkan prestasi terbaik sehingga menjadi pemain utama di bawah kendalian Mikel Arteta.

Raya beraksi untuk Arsenal selepas berpindah secara pinjaman dari Brentford pada Ogos tahun lalu dengan perjanjian bernilai £3 juta (RM 17.5 juta) dengan pilihan untuk kekal menerusi bayaran tambahan sebanyak £27 juta (RM 155 juta) pada musim panas ini.

Pada permulaan kariernya di Arsenal, Raya menghabiskan beberapa perlawanan pertama di bangku simpanan sebelum berjaya mempamerkan prestasi cemerlang dan berada di kesebelasan utama.

Kejayaan memenangi anugerah Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris selepas mengekalkan 16 perlawanan tanpa bolos dalam 32 penampilan menguatkan lagi keyakinan Raya untuk kekal di Emirates sebagai pemain tetap.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan masa depan. Ia bukan terpulang kepada saya, Ia terpulang kepada kelab dan Mikel. Jika prestasi saya cukup baik, mudah-mudahan mereka akan menawarkan saya kontrak,” katanya selepas kemenangan 2-1 Arsenal ke atas Everton.

Arteta sangat terkesan dengan prestasi Raya dan berkemungkinan akan meluluskan perpindahan tetap pemain berusia 28 tahun itu pada musim panas ini sekali gus menyebabkan penjaga gol sebelumnya, Aaron Ramsdale dijangka meninggalkan Arsenal.

Sementara itu, Arsenal turut mengagumi prestasi Jason Steele di Brighton dan mungkin akan mendapatkanntya untuk menjadi penjaga gol kedua di belakang Raya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI