fbpx

Pemuda dijumpai selamat selepas 4 hari hilang di Bukit Hilltop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang sejak empat hari lalu di Bukit Hilltop, Batu Kawan, Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI – Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu semasa dia dipercayai keluar berjoging seorang diri di Bukit Hilltop, Batu Kawan, di sini ditemui selamat, sebentar tadi.

Mangsa, Muhammad Azfar Ismail, 29 tahun dikatakan ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian.

Laporan mengenai kehilangan mangsa akan dikeluarkan pihak polis dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Kosmo! online melaporkan kejadian kehilangan mangsa yang disedari abangnya sebaik dia tidak pulang ke rumah kira-kira pukul 11.59 malam, pada hari kejadian, 18 Mei lalu.

Mangsa dikatakan ke keluar ke bukit berkenaan pada pukul 5 petang, hari kejadian.

Usaha menjejaki pemuda yang berasal dari Batu Kawan itu dijalankan oleh pihak berkuasa termasuk penduduk tempatan. -KOSMO! ONLINE

HABIS//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI