fbpx

Nurul Masyitah masih di ICU, baru selesai pembedahan tampal kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NUR MASYITAH menunjukkan perkembangan positif selepas selesai menjalani pembedahan menampal kulit pada bahagian belakang badannya di Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri semalam.

ISKANDAR PUTERI – Keadaan atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Md Elias yang terlibat kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk menunjukkan perkembangan positif.

Abangnya, Muhammad Syafiq, 29, memberitahu, adiknya telah selamat menjalani empat pembedahan termasuk pembedahan bagi menutup luka di belakang badan.

Katanya, sebelum ini, atlet berusia 22 tahun itu telah menjalani beberapa pembedahan termasuk di bahagian bahu dan tulang pelvis.

Tambahnya, Siti Nurul Masyitah atau manja dengan panggilan Uda bakal menjalani beberapa pembedahan lagi dalam tempoh terdekat di Hospital Columbia Asia, di sini dan berharap kesemuanya berjalan lancar.

“Pembedahan plastik masih belum dijalankan dan Uda kini masih lagi menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu. Setakat ini semua keperluan Uda mencukupi, dan harapnya proses pemulihan berjalan lancar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pada 11 Mei lalu, Kosmo! melaporkan pelajar semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan itu terlibat kemalangan di Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur (EDL), di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI