fbpx

Mata kiri jadi buta akibat kencing manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhasniza bertanggungjawab menjaga dan menguruskan kehidupan Shaaban di rumah mereka di Taman Terus Maju, Setiawan.

MANJUNG – Seorang suami terpaksa melupakan terus pekerjaannya sebagai pemandu lori selepas dia disahkan menghidap penyakit kencing manis sehingga menyebabkan mata kirinya menjadi buta.

Nasib yang menimpa Shaaban Shamsudin, 47, dari Taman Terus Maju di Sitiawan itu turut menyebabkan pergerakannya terbatas sehingga tidak mampu melakukan sebarang kerja.

Isteri Shaaban, Norhasniza Yaakob, 43, berkata, penderitaan yang menimpa suaminya itu yang bekerja di sebuah syarikat pembekal daging menyebabkan mereka kini banyak bergantung kepada pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Semuanya bermula pada 2017 selepas kesihatan suami merosot akibat penyakit kencing manis sehingga mata kirinya didapati buta.

“Keadaan itu menyebabkan suami tidak mampu lagi bekerja. Memang ketika itu kami sekeluarga susah hati, apatah lagi dua anak kami masih bersekolah.

“Banyak cabaran yang kami harungi, namun Allah permudahkan urusan saya, suami dan anak-anak. Syukur Shaaban merupakan seorang penerima pencen ilat Perkeso sebanyak RM1,473 sebulan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Terdahulu, Shaaban mene­rima kunjungan daripada pihak pengurusan Perkeso Seri Manjung di kediamannya.

Norhasniza berkata, suaminya memerlukan perhatian sepenuh masa kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Pergelangan kaki suami sakit menyebabkannya terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana.

“Suami juga perlu ke pusat dia­lisis. Itu sudah menjadi rutinnya sejak tidak mampu lagi bekerja. Bagaimanapun, kami berdua bersyukur kerana anak-anak iaitu Dayana Hadirah, 20, dan Danish Nur

Iman, 16, memahami situasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Shaaban di talian 018-405 4257.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI