fbpx

Marah isu boikot, Agnez Mo buru tukang fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGNEZ MO

BERANG dituduh penyokong Israel, penyanyi Agnez Mo memberi amaran akan mengheret pemfitnah ke muka pengadilan.

Katanya, individu terbabit menggunakan media sosial untuk menyebarkan tuduhan palsu yang menjejaskan nama baiknya.

Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat itu juga sudah mengarahkan peguam untuk menghubungi pemilik akaun terbabit.

Dalam perkongsian mengenai isu terbabit, Agnez mengatakan selama ini dia hanya mendiamkan diri tetapi individu itu semakin melampau.

Dia turut menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pelaku dalam tempoh 24 jam sebelum peguamnya bertindak.

Difahamkan Agnez gagal menahan kemarahan selepas individu terbabit mengaitkan dirinya dengan satu jenama minuman produk pro-Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI