fbpx

Kemaruk nak putih, wanita tanggung sakit buah pinggang kecut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik oleh @nyscot7 ketika menceritakan dirinya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila mengetahui buah pinggangnya mengalami masalah walaupun tidak sampai sebulan dirinya mengambil suplemen atau ubat cerahkan kulit.

Menerusi perkongsian @nyscot7 di akaun TikTok, dia mula pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah merasai perutnya sering kejang.

Alangkah terkejutnya wanita itu apabila doktor memberitahu keadaan buah pinggangnya berada dalam keadaan kurang baik dan kecut.

Lebih memburukkan keadaan, terdapat luka pada paru-parunya akibat daripada ubat jenis air dan serbuk diambilnya mempunyai sifat halus dan tajam.

“Ya, aku memang ambil ubat putihkan kulit, tapi tak sampai sebulan lagi. Tak sangka jadi macam ni. Doktor kata benda tu (supplemen) yang buat buah pinggang dan paru-paru aku jadi macam tu.

“Doktor kemudian nasihat jangan ambil atau beli ubat dari TikTok. Banyakkan minum air masak. Kalau betul nak putih beli dari farmasi.

“Jadi aku terpaksalah buang enam botol yang dah beli. Siapa yang ada makan ubat putih tu, pergilah ‘check’ buah pinggang. Jangan jadi macam aku tak sampai sebulan, buah pinggang pun dah kecut,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Sehingga kini videonya mendapat lebih 2 juta tontonan, 84,100 tanda suka dan 17,000 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ada juga beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman yang sama setelah mengambil ubat cerahkan kulit dalam tempoh masa yang sedikit atau lama.

“Pernah ambil suplemen sebab nak kulit putih. Lah, habis ovari kita rosak ya. Dah buang sebelah. Taubat dah tak nak makan suplemen apa-apa lagi,” komen Bina.

“Saya pula ambil satu produk putih kulit ni, tak ada kesan putih pun. Biasa je, cuma fikir positif saya kena konsisten. Akhirnya ‘check’ kesihatan ‘cyst’ dah tumbuh 4 sentimer. Bila berhenti minum barulah ‘cyst’ kecut,” komen Kamelia.

“Sama kita sis. Tak sampai dua minggu, makan ubat pemutih jenis serbuk, rasa tak selesa dan terus buat ‘check up’. Doktor cakap buah pinggang sebelah tak cantik, sekarang doktor suruh minum air putih banyak-banyak,” komen Anna pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI