fbpx

Jenazah Raisi tiba di Tehran 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengiringi trak yang membawa jenazah Raisi serta mangsa-mangsa lain di Tabriz, wilayah Azerbaijan Timur semalam. - AFP

TEHRAN – Keranda yang membawa jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Tehran semalam menjelang upacara pengebumian yang dijadualkan berlangsung selama beberapa hari, lapor saluran berita CNN.

Sebuah video yang disiarkan oleh media pemerintah menunjukkan pesawat presiden tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di Tehran.

Ia membawa keranda Raisi, di mana pegawai kerajaan dan tentera berbaris di permaidani merah untuk menyambutnya.

Orang ramai berpakaian hitam turut memenuhi Dataran Syahid dan jalan-jalan sekitarnya ketika sebuah trak besar yang membawa jenazah Raisi, Menteri Luar, Hossein Amir Abdollahian dan yang lain melaluinya.

Berdasarkan imej yang dikeluarkan oleh media pemerintah, kerusi di dalam pesawat dibiarkan kosong dan hanya ditutupi dengan kain hitam, manakala gambar Raisi diletakkan di atasnya.

Proses berkabung bermula semalam dengan upacara solat jenazah dan perarakan akan diadakan di bandar barat laut, Tabriz.

Pemerintah turut mengumumkan cuti umum dan penutupan pejabat di seluruh negara hari ini bagi membolehkan upacara besar-besaran diadakan.

Raisi meninggal dunia dalam nahas helikopter yang turut mengorbankan beberapa pegawai tertinggi lain termasuk Hossein, selepas mengadakan lawatan kerja ke wilayah Azerbaijan Timur pada pagi Ahad lalu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI