fbpx

Disiplin jemaah Malaysia rahsia Makkah Route dikekalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im melihat pelaksanaan sistem Makkah Route yang dilancarkan di Terminal 1 KLIA. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA/ KOSMO!

SEPANG – Sikap jemaah haji negara ini yang cukup berdisiplin dan mematuhi peraturan Arab Saudi disifatkan menjadi antara rahsia membolehkan skim Makkah Route terus dikekalkan di Malaysia pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, perkara itu bukan sahaja dilihat sebagai pengiktirafan kepada Lembaga Tabung Haji (TH), tetapi menjelaskan keyakinan Arab Saudi kepada aspek disiplin tinggi jemaah.

“Justeru, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana tanpa hak keistimewaan diberikan itu, bakal jemaah kita perlu beratur di sana amat lama,” katanya pada majlis peluncuran rasmi Makkah Route di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal pagi tadi.

Makkah Route mula diperkenalkan pada 2017 dengan Malaysia menjadi negara pertama skim praperlepasan imigresen Arab Saudi itu sebelum dilaksanakan di enam negara lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI