fbpx

Beregu negara libas Thailand di Piala Dunia Sepak Takraw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEREGU negara, Aidil Aiman ​​Azwawi-Noraizat Nordin ternyata berbisa apabila berjaya menewaskan Thailand di Piala Dunia Sepak Takraw.

KUALA LUMPUR – Gandingan beregu negara, Aidil Aiman ​​Azwawi-Noraizat Nordin ternyata berbisa apabila berjaya menewaskan Thailand untuk merangkul kejuaraan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 hari ini.

Kehadiran ribuan penyokong Malaysia yang hadir di Stadium Titiwangsa nyata membantu pemain negara untuk lebih tenang sebelum mencatat kemenangan straight set 17-16, 15-13 dalam tempoh 72 minit.

Bagi Aidil kemenangan mereka dibantu oleh ribuan penyokong Malaysia yang hadir memberi sokongan kepada mereka di Stadium Titiwangsa.

Tegas Aidil, mereka langsung tidak gugup malahan boleh ambil servis maut dari kedua-dua pemain Thailand, Seksan Tubtong dan Kittiphum Sareebut.

ADIL Aiman ​​Azwawi-Noraizat Nordin selepas menumbangkan Thailand di Stadium Titiwangsa.

“Saya bersyukur sangat-sangat kerana berjaya mempamerkan prestasi terbaik dalam pasukan Malaysia ketika berdepan Thailand.

“Kami tenang malahan dapat angkat pukulan bersih dari Thailand dan rakan sepasukan saya, Noraizat banyak membantu saya untuk kurang melakukan kesilapan.

“Semestinya perlawanan tadi agak tertekan tetapi kami boleh kawal permainan dengan tenang dan ambil servis dari gandingan Thailand tersebut,” katanya.

Pada saingan tersebut, Malaysia mendahului permainan dengan kelebihan enam mata sebelum dikejar rapat Thailand, bagaimanapun Aidil-Noraizat menahan dengan baik untuk mencatat kemenangan pada set pembukaan 17-16.

Set kedua dibuka dengan seimbang apabila Thailand cuba bangkit mata demi mata namun usaha tersebut gagal apabila Malaysia memastikan kemenangan menjadi milik mereka malam ini.

Bagi Aidil, impian mereka untuk menumbangkan Thailand di laman sendiri dan mencipta sejarah baharu Piala Dunia akhirnya tercapai.

“Seksan adalah jurulatih kami sebelum ini dan sering menjalani latihan sekali. Mungkin menerusi latihan sebelum ini kami dapat baca servis dia tadi,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI