fbpx

Bella Astillah minta kekasih adik setia, hormat keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERNAH gagal dalam perkahwinan, Bella Astillah mahu melihat adik-adiknya hidup bahagia apabila mendirikan rumah tangga.

PETALING JAYA – “CUKUPLAH Kak long (Bella) sahaja yang gagal dalam perkahwinan.”

Demikian luahan pelakon Bella Astillah ketika menyampaikan ucapan hari jadi buat kekasih adiknya, Didi Astillah iaitu Diniey Ng.

Dalam masa sama, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, turut menzahirkan rasa syukur apabila Didi dipertemukan dengan lelaki yang sabar melayan kerenah adiknya itu.

“Selamat hari jadi Diniey. Kak long gembira Didi dapat lelaki yang sabar sebab Kak long kenal macam mana adik Kak long.

“Dia orang yang tiada kesabaran dan panas baran tetapi Diniey boleh sabar.

“Harap terus bersabar selepas kahwin dan jangan pernah berubah. Cukup Kak long sahaja gagal dalam perkahwinan, tidak mahu adik lalui benda sama,” titip Bella menerusi sebuah video.

Bukan hanya itu, pelakon asal Sabah itu turut berharap bakal suami kepada Didi itu setia dan menghormati keluarganya.

“Kak long tidak pernah minta Diniey menjadi orang paling kaya.

“Cukup setia. Sayang dan hormati keluarga Kak long.

“Kak long doakan Diniey berjaya dunia akhirat dan sentiasa dipangjangkan umur,” ujarnya lagi.

Selain Bella dan keluarga, difahamkan majlis hari jadi tersebut turut disertai rakan terdekat mereka.

Sebelum ini, rumah tangga Bella dan Aliff sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa bekhalwat dengan pelakon, Ruhanies di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Rentetan itu, Bella nekad memfailkan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Mac lalu.

Namun, pasangan selebriti itu diperintah hadir proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun depan berikutan pelakon kelahiran Singapura itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai difailkan isteri atas alasan masih sayangkan keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI