fbpx

Wanita warga emas rentung dalam bilik sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengambil mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran yang meranapkan satu blok rumah sewa tujuh pintu di Lorong Kwong Tung, Jalan Lanang di sini awal pagi tadi.

SIBU – Seorang wanita warga emas rentung dalam kebakaran yang meranapkan satu blok rumah sewa tujuh pintu di Lorong Kwong Tung, Jalan Lanang di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.43 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah ke lokasi.

Katanya setiba di lokasi kejadian mendapati rumah sewa berstruktur kayu terbabit terbakar 100 peratus, dengan mangsa yang berusia 72 tahun dilaporkan terperangkap di dalam bilik nombor dua rumah berkenaan.

“Pihak bomba terus menjalankan operasi menyelamat dan pemadaman menggunakan dua aliran 400 kaki, empat nozel dan satu aliran salur bantu mula, serta menggunakan pam jentera, sumber air dari pili bomba dan sumber air terbuka (parit) berhampiran untuk menggawal kemerebakan api.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.15 pagi dan pihak bomba berjaya menemui mangsa dalam keadaan rentung di depan pintu bilik nombor dua,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Menjelas lanjut, beliau berkata, lima pintu bilik sewa itu dihuni seramai 20 orang manakala dua pintu tidak dihuni, dengan 19 penghuni lain berjaya keluar menyelamatkan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI