fbpx

[VIDEO] ‘Festival’ bergerak atas kereta api cetus kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar suasana sekitar program Pinkfish Express baru-baru ini.

PETALING JAYA – Baru-baru ini kecoh di media sosial memaparkan sebuah acara hiburan atau parti liar berlangsung dalam gerabak milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menerusi beberapa gambar dan klip video yang tular di pelbagai platform, kelihatan suasana gerabak meriah dengan lampu berwarna-warni selain terdapat pengunjung sedang menari sambil mendengar lagu dimainkan oleh DJ.

Difahamkan program dikenali sebagai Pinkfish Express yang berlangsung pada 16 Mei lalu itu merupakan festival hiburan pertama di Asia Tenggara diadakan di atas kereta api.

Bagaimanapun, program tersebut mendapat kecaman hebat dalam kalangan orang ramai dan rata-rata tidak bersetuju dengan penganjurannya.

Turut meluahkan rasa kurang senang, Ketua Pemuda Umno, Muhamad Akmal Saleh yang menggesa pihak KTMB untuk tampil memberi penjelasan dan alasan utama mereka membiarkan penganjuran parti liar persendirian dijalankan dalam gerabak milik syarikat itu.

Katanya, melihat kepada barisan kepemimpinan pihak KTMB yang rata-ratanya adalah Melayu beragama Islam, justeru penjelasan perlu dikeluarkan sama ada parti berkenaan dibenarkan.

“Saya menerima video Pinkfish Express yang mana ada satu parti dijalankan dalam tren di bawah seliaan KTMB. Apakah Pinkfish ini dibenarkan dan apakah alasan kenapa KTMB ini membenarkan parti liar ini berlaku dalam gerabak kereta api di bawah KTMB?

“Adakah alasan KTMB untuk menambahkan pendapatan? Saya tengok barisan CEO, Board of Director semuanya Melayu Islam. Jadi KTMB, saya mohon memberikan penjelasan yang sebaik-baik mungkin.

“Penjelasan yang tuntas supaya rakyat semua dapat tahu apakah penjelasan, apakah alasan utama KTMB untuk membenarkan parti liar ini dilakukan di dalam gerabak keretapi yang di bawah KTMB,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Terdahulu, sementara itu, KTMB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (charter train) demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.

Ini susulan kontroversi penganjuran pesta hiburan sempena ulang tahun ‘Pinkish Festival’ di tren sewa khas yang membuat perjalanan pergi dan balik dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah, Khamis lalu.

Dalam masa sama, KTMB memaklumkan pihak penyewa berkenaan mematuhi syarat ditetapkan oleh pihaknya. – KOSMO! ONLINE

@festival_edm_malaysia PINKFISH EXPRESS THE FIRST OF IN MALAYSIA‼️‼️ hehehehe sory admin baru nak upload haritu line ngah pnas.. ni kita kasi up.. #alltrance #lfg #fyppppppppppppppppppppppp #trancemalaysia🇲🇾 #sunwaylagoon #WHATTHEFISH #arminvanbuuren #PFF2024 #TRANCE🇲🇾 #PINKFISH #trancecommunity @Pinkfish Festival ♬ Push Up – Remix – F4ST

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI