fbpx

Tangani isu rasuah, tatakelola baru negara selamat dan membangun – Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

 

PETALING JAYA – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengakui negara tidak akan selamat dan sukar membangun sekiranya isu rasuah serta tatakelola tidak ditangani.

Ini kerana kata Ayob, masalah itu bukan sahaja melibatkan masyarakat umum, malah ia turut melibatkan pasukan keselamatan itu.

“Saya cakap hal ini secara terbuka, hakikatnya ada pegawai polis yang bersekongkol dengan sindiket dadah.

“Waktu saya menjadi pengarah narkotik, saya telah tangkap seorang ketua dan beberapa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sebuah negeri pantai timur berpangkat Superintendan, Deputi Superintendan dan Asisten Superintendan serta Inspektor.

“Kita tangkap mereka di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen). Yang kita tangkap ini adalah Ketua JSJN negeri. Kesemua yang terlibat itu akhirnya dibuang daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika siaran langsung pada program sembang santai Cakna Kenegaraan (CAK) di Akademik Kenegaraan Malaysia hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, susulan tindakan itu, ada suara sumbang yang tidak suka dengan tindakan itu dan ada yang beranggapan beliau serkap jarang.

Bagaimanapun kata beliau, meskipun tindakan itu tidak disukai sesetengah individu dalam pasukan, tetapi beliau perlu melakukan tindakan demikian.

“Hakikatnya isu rasuah, tatakelola ini kalau kita tidak betulkan, tidak usah kita cakap soal pembangunan atau keselamatan sosial. Bagaimana kita nak selamat sosial kalau polis pun bersekongkol dengan sindiket dadah.

“Sama ada orang suka atau tidak suka, kita perlu ambil tindakan berkenaan isu ini (tatakelola dan rasuah). Sekiranya kita tidak ditangani kita akan jauh lagi tersasar.

“Negara lain banyak sudah berubah.(walaupun ada yang terlibat rasuah), tetapi kalau kita tidak berubah kita akan terkebelakang,”tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI