fbpx

Suhu 47.4 Celsius, New Delhi tutup sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki mengangkut penyejuk udara di atas sebuah motosikal pada tengah hari yang panas di New Delhi semalam. – AFP

NEW DELHI – Pihak berkuasa mengarahkan sekolah-sekolah di New Delhi ditutup awal untuk cuti musim panas selepas suhu meningkat kepada  47.4 darjah Celsius  ketika kota raya itu dilanda  ‘gelombang haba yang teruk’.

Pegawai-pegawai New Delhi meminta sekolah-sekolah  ditutup ‘serta merta’ akibat cuaca panas melampau, demikian menurut arahan kerajaan yang dipetik akhbar Hindustan Times hari ini.

Biro kaji cuaca India memberi amaran mengenai  ‘situasi gelombang haba teruk’ pada minggu ini dengan bacaan suhu maksimum mencecah 47.7 darjah Celsius di Najafgarh, pinggir Delhi semalam.

Pihak berkuasa di negeri-negeri lain termasuk  Haryana, Madhya Pradesh, Punjab and Rajasthan turut mengeluarkan arahan serupa, lapor majalah Indian Today.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Meteorologi India memberi amaran mengenai impak gelombang haba kepada kesihatan manusia terutamanya anak kecil, warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik

Pada Mei 2020, beberapa kawasan di New Delhi mencatatkan bacaan suhu 49.2 darjah Celsius, lapor media India.

Dalam pada itu, pusingan pengundian seterusnya dalam pilihan raya umum selama enam minggu di India akan bermula Sabtu ini,  termasuk New Delhi. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI