fbpx

Serangan balai polis: Koperal Mohd. Hasif stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOPERAL Mohd. Hasif yang cedera ditembak dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Anggota polis yang cedera terkena tembakan dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, kini dirawat di was biasa HSI kini dilaporkan stabil.

“Anggota itu masih dirawat di hospital dan keadaan beliau stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam serangan pada pukul 2.30 pagi Jumaat lalu, Mohd. Hasif yang juga anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Balai Polis Ulu Tiram mengalami kecederaan pada bahu kiri dan pinggang terkena tembakan.

Dalam kejadian itu, rakan setugasnya, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban dalam kejadian itu.

Serangan itu dilakukan seorang lelaki berusia 21 tahun yang menaiki motosikal dan bertopeng menceroboh masuk ke balai polis sebelum menetak anggota bertugas dan merampas senjata api lalu melepaskan tembakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI