fbpx

Piala AFF 2024: Jodoh Harimau Malaya, Thailand ‘kuat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Harimau Malaya berjaya mara ke saingan separuh akhir Piala AFF 2022 yang lepas.

SKUAD Harimau Malaya berdepan laluan sukar dalam usaha menamatkan kemarau 14 tahun saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024 selepas diundi bersama juara bertahan, Thailand dalam Kumpulan A.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon itu berdepan tugas getir apabila turut diundi bersama pemenang Piala AFF empat kali, Singapura selain skuad Kemboja dan pemenang playoff antara Brunei atau Timor Leste.

Di atas kertas, Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan kedua tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan berprestij itu bersama skuad Gajah Perang.

Namun, ancaman terbesar kali ini adalah berdepan Singapura selain harapan untuk muncul juara Kumpulan A juga nampak sukar memandangkan prestasi Thailand yang begitu konsisten ketika ini.

Pan-gon sudah pasti memiliki misi tersendiri dalam usaha menamatkan penantian 14 tahun peminat bola sepak tanah air selepas kali terakhir menyaksikan Harimau Malaya menang pada edisi 2010.

Namun, pengendali dari Korea Selatan itu pasti ‘pening kepala’ untuk mengumpulkan bintang terbaik memandangkan Piala AFF tidak terikat dengan kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan kelab bebas untuk tidak melepaskan pemain.

Lebih malang, saingan Liga Malaysia (Liga M) turut berlangsung sepanjang kejohanan Piala AFF 2024 nanti sekali gus berdepan konflik pertindihan jadual di peringkat domestik.

Kejohanan yang memasuki edisi ke-15 itu dijadualkan berlangsung pada 23 November hingga 21 Disember depan. – KOSMO! ONLINE

 

INFO

UNDIAN PIALA AFF 2024

 

KUMPULAN A

Thailand
Malaysia
Singapura
Kemboja
Pemenang Playoff (Timor Leste/Brunei)

KUMPULAN B

Vietnam
Indonesia
Filipina
Myanmar
Laos

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI