PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bersiaran secara langsung menerusi saluran media tempatan bagi menyampaikan Perutusan Negara pada pukul 9 malam ini.
Anwar dalam hantaran di Facebook berkata, program tersebut akan dimanfaatkan beliau untuk memberi pencerahan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang sedang berlaku sama ada dalam atau luar negara.
“Ruang ini akan saya manfaatkan untuk menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara.
“Mohon rakan-rakan ikut serta, Insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE