fbpx

Pengguna CelcomDigi kalut tak boleh guna Waze, e-wallet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Garmbar hiasan

PETALING JAYA – Pengguna rangkaian CelcomDigi meluahkan rasa kecewa apabila rangkaian itu mengalami gangguan hingga menyebabkan kesulitan terhadap mereka sejak pukul 6 petang hingga 8 malam tadi.

Tinjauan Kosmo! di X mendapati, pengguna rangkaian itu terpaksa memandu tanpa merujuk aplikasi Waze dan ada juga terpaksa menebalkan muka gara-gara tidak lepas membuat pembayaran imbas kod QR di kaunter.

“Hari ini betul-betul mencabar, terpaksa menggagau memandu cari jalan pakai ‘offline map’. Nak bayar pakai QR pun tak boleh, aku sejenis yang tak ada ‘cash’ langsung. Ya Allah betul-betul rasa nak patahkan sim kad,” keluh Nora.

“Aku tadi pun maki Maybank, nak QR bayar makanan. Orang beratur belakang panjang dah. Nasib mamak tu boleh paywave,” komen Krem.

“Sama la tadi masuk Lotus nak guna ‘scan and pay’ tak boleh. Akhir sekali, imbas di kaunter dan nasib baik jenis bawa kad kalau buatnya tadi tak bawak purse sebab nak QR mampus,” kata NrlAid.

Tidak berpuas hati dengan permasalahan itu, ramai pengguna dilihat membuat ciapan memohon Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil agar menyelesaikan isu terbabit dengan segera.

CelcomDigi menerusi hantaran di X berkata, pihaknya telah memulihkan perkhidmatan internet rangkaian Celcom sepenuhya.

“Bagi pelanggan yang masih tidak boleh akses perkhidmatan internet mereka, sila cuba untuk hidupkan semula peranti dan cuba semula.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI