fbpx

Pelajar tingakatan 5 didakwa noda kekasih 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa tertuduh (tengah) untuk didakwa atas pertuduhan merogol dan meliwat kekasihnya di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingakatan lima didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan meliwat kekasihnya di sebuah rumah kosong dekat sini pada September dan Mac lalu.

Tertuduh berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ketika kejadian di sebuah rumah kosong dalam daerah ini kira-kira pukul 8 hingga 10 malam pada 29 September tahun lalu.

Tertuduh juga didakwa meliwat remaja tersebut di lokasi yang sama kira-kira pukul 2 petang pada 9 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nazriani Nik Ab Rahman.

Terdahulu, Muhammad Aiman Syahmi mencadangkan jaminan sebanyak RM7,000 kerana kes tersebut melibatkan mangsa kanak-kanak.

Nik Nazriani dalam rayuannya memohon jumlah ikat jamin paling minimum memandangkan tertuduh masih belajar dan di bawah umur.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah juga menetapkan 7 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI