fbpx

Pasangan kekasih disyaki buang bayi di kedai ayam direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembantu kedai (kiri) direman tiga hari bagi membantu siasatan kes membuang bayi di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sepasang kekasih yang disyaki membuang seorang bayi lelaki di sebuah kedai menjual ayam di Jabur Kubur, Jalan Air Putih berhampiran Chukai di sini pada Sabtu lalu direman selama tiga hari sehingga lusa.

Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin hari ini.

Suspek lelaki yang merupakan pembantu kedai berusia 24 tahun direman di Mahkamah Majistret di sini manakala kekasihnya berumur 21 tahun pula di Wad Bersalin Hospital Kemaman di sini.

Mereka yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nurul Farhana Shamsudin disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online semalam melaporkan pasangan kekasih itu ditahan secara berasingan di daerah ini masing-masing pada pukul 11 pagi dan 3 petang.

Rahsia mereka terbongkar selepas pemeriksaan pada telefon bimbit suspek wanita menjumpai banyak gambar bayi mirip yang dibuang pada Sabtu lalu.

Sebelum itu, bayi lelaki berusia seminggu tersebut dijumpai dalam keadaan kesejukan di lantai kedai menjual ayam segar terbabit pada pukul 7.30 pagi, Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI