fbpx

Serangan balai polis: Madrasah dekat rumah suspek tak beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH madrasah yang terletak di dalam kawasan persendirian berhampiran rumah keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram sudah tidak beroperasi.

PASIR GUDANG – Sebuah madrasah yang didakwa sebagai pusat pengajaran satu pertubuhan keganasan bertempat di Ulu Tiram, di sini disahkan tidak lagi beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, madrasah yang terletak dalam tanah persendirian berhampiran dengan kediaman suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, Jumaat lalu telah ditutup sepenuhnya pada 2001.

Katanya, sejak ia ditutup, pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) tidak menerima sebarang permohonan untuk memperbaharui pendaftaran pusat tersebut.

“Saya telah meminta Timbalan Pengarah Pengurusan MAINJ untuk membuat perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan keselamatan utk melihat keadaan bangunan tersebut.

“Hasil semakan, kita boleh mengisytiharkan bangunan tersebut tidak lagi ada kegiatan. Kebimbangan masyarakat yang mendakwa bangunan tersebut masih digunakan itu, saya boleh sahkan tidak lagi berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni komuniti etnik Rohingya di kawasan Mukim Plentong, di sini semalam.

Jumaat lalu, dua wira negara iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban manakala seorang lagi anggota cedera parah dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapatI madrasah yang pernah pernah menjadi ‘medan usrah’ ahli kumpulan pengganas sekitar 1996 sehingga 1997 berada dalam keadaan baik dan tidak berpenghuni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI