PELAKON Kubbra Sait mendedahkan antara pengalaman sukar dilupakan sepanjang lebih dua dekad sebagai pelakon adalah melakukan adegan ranjang dalam sebuah drama bersiri menerusi saluran penstriman berjudul Sacred Games.
Akui aktres berusia 40 tahun itu, naskhah terbitkan 2018 tersebut menyaksikan dirinya membawa watak kekasih seorang gengster, lakonan Nawazuddin Siddiqui.
Dalam satu babak, mereka perlu melakonkan adegan ranjang yang didakwa merupakan babak paling sukar apabila mengambil masa berjam-jam untuk disempurnakan.
Katanya, Nawazuddin sebenarnya aktor yang sangat pemalu sehingga sukar untuk menghayati momen intim dan akhirnya terpaksa mengulangi adegan seks hingga tujuh kali.
Kubbra juga mengaku tidak sedar berapa jam yang mereka habiskan untuk adegan itu sahaja, bahkan dia menangis sebaik pengarah menyebut ‘cut’ kerana terlampau penat.