fbpx

Kerjasama BN-PH perlu diterjemah di Sabah – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Apresiasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Tahun 2023 di Marriot Hotel, Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) mahu terus memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) agar suasana politik sedemikian dapat diterjemahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai sebuah parti yang sangat dinamik, UMNO dan BN juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik lain yang mempunyai pegangan sealiran dengannya.

“Kita pernah bersama-sama dengan rakan-rakan kerajaan yang lalu tetapi kita telah terpinggir, namun keterpinggiran itu tidak menjadikan UMNO tidak relevan di Sabah, malah ini telah memberikan cabaran yang memperkuatkan UMNO di Sabah dan kita sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang kuat bagi membentuk kerajaan di Sabah kelak.

“Yang pentingnya BN harus memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan Pakatan Harapan, itu adalah teras utama terutamanya dalam pembentukan kerajaan di Putrajaya dan di Sabah juga mungkin suasana politik itu akan dapat diterjemahkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI