fbpx

Kelantan komited gubal semula 16 peruntukan Enakmen Syariah yang dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin (tiga kanan) bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang (dua kiri) selepas Majlis Perasmian Konsis 2024 di Kompleks Balai Islam, Lundang dekat Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan komited menggubal semula 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan, Februari lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, tekad itu selaras dengan usul yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini.

Menurutnya, sebagai kerajaan yang meletakkan Islam sebagai dasar pentadbiran, Kelantan pasti tidak boleh berpeluk tubuh dan berdiam diri apabila pihak tertentu sentiasa berusaha mencari ruang untuk mencabar agenda dalam meninggikan syiar Islam.

“Perkara itu melibatkan aspek perundangan dan institusi syariah. Halangan dan cabaran yang datang tidak sesekali melemahkan semangat kita, bahkan jiwa-jiwa ini akan terus mengorak langkah demi memartabatkan agama Allah SWT.

“Pihak kerajaan negeri akan berusaha sehabis daya melalui punca kuasa yang ada untuk memastikan enakmen itu terus diperkasakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah 2024 (Konsis 2024) di Kompleks Balai Islam, Lundang di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI