PERNAH disatukan bermula Yaadein sekitar 2001 disusuli Kabhi Khushi Kabhi Gham dan Main Prem Ki Deewani Hoon (2003), keserasian antara Hrithik Roshan dan Kareena Kapoor disukai ramai.
Masing-masing saling memberikan lakonan padu, namun selepas Main Prem Ki Deewani Hoon, mereka tidak lagi bergandingan bersama-sama.
Hal tersebut menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penggemar yang menantikan kolaborasi mereka di layar lebar.
Gara-gara lama tidak berlakon dalam satu naskhah, bertebaran pula spekulasi mendakwa sebenarnya dua pelakon itu pernah menjalin hubungan cinta.
Malangnya, Hrithik Roshan sudah berkahwin dengan Sussanne Khan dan situasi tersebut membuatkan dia dan Kareena seboleh-bolehnya mengelak dilihat berdua.
Atas permintaan keluarga terutama di sebelah Hrithik, mereka juga terpaksa menolak untuk disatukan dalam filem.