fbpx

Gambar dalam telefon bimbit bongkar rahsia buang bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANYAN (kanan) menyoal siasat seorang gadis bagi membantu siasatan kes membuang bayi di IPD Kemaman semalam.

KEMAMAN – Rasa malu dan bimbang rahsia melahirkan anak tidak sah taraf terbongkar punca pasangan kekasih membuang bayi mereka yang sudah berusia seminggu di sebuah kedai menjual ayam segar di Jabur Kubur, Jalan Air Putih berhampiran Chukai di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, berdasarkan soal siasat awal, seorang gadis berusia 21 tahun mengaku melahirkan anak di rumah sewa teman lelakinya berusia 24 tahun di daerah ini pada 12 Mei lalu.

“Mereka dipercayai membuang bayi lelaki berkenaan di kedai menjual ayam segar terbabit pada awal pagi sebelum dijumpai seorang pemandu lori pukul 7.30 pagi, hari sama.

“Suspek wanita ditahan sewaktu pemeriksaan polis dari rumah ke rumah di Kampung Jabur Kubur di sini pukul 11 pagi (kelmarin),” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Hanyan berkata, rahsia gadis itu terbongkar apabila pemeriksaan pada telefon bimbitnya menjumpai banyak gambar bayi mirip yang dibuang di kedai menjual ayam segar terbabit.

Tambah beliau, petunjuk itu kemudiannya membawa kepada penahanan teman lelaki gadis itu tempat kerjanya di Chukai di sini pada pukul 3 petang kelmarin.

“Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan perintah reman pasangan tersebut selama tiga hari sehingga Khamis ini (esok),” ujarnya.

Tambah beliau, perintah reman bagi gadis itu dibuat wad Hospital Kemaman sementara suspek lelaki di Mahkamah Majistret Kemaman.

“Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan bagi mengesahkan hubungan kedua-dua suspek dengan bayi yang dijumpai berkenaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI