fbpx

Driver p-hailing, e-hailing balik ‘tangan kosong’ disebabkan masalah rangkaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemandu p-hailing dan e-hailing tampil membuat rungutan di X gara-gara pesanan daripada pelanggan terganggu susulan masalah rangkaian dialami sejak pukul 6 petang hingga 8 malam tadi.

Menurut salah seorang pemandu Grab @pyramd666 di X, dia gagal meneruskan pencarian rezeki malam ini berpunca masalah rangkaian yang dialaminya.

“Naya nak buat Grab tak boleh. Insentif tengah lazat ni. Aku pulak sampai kedai tak boleh tekan ‘arrived’ dan terus ‘hang’ semua benda.

“Jadi, aku gerak ke rumah pelanggan nasib baik hafal jalan. Sampai sana mati akal, ada rider pinjamkan ‘hotspot’, tu je la last order,” luahnya.

Sementara itu, @Ahmad pula berkata, dia terpaksa ‘sidai’ pelanggannya hampir sejam disebabkan line teruk.

“Saya tengah buat Grab, line tiba-tiba tiada. Terpaksa sidai pelanggan satu jam,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di X mendapati, bukan sahaja pemandu malah ramai pelanggan turut terkesan dengan masalah rangkain terbabit sehingga terpaksa berjalan kaki ke destinasi dan ada juga tertinggal bas.

“Memang Celcom ada isu ke tadi ? Patut aku nak pesan AirAsia ride dengan Grab tak dapat. Telefon mak ayah tak dapat, bila WhatsApp boleh, terpaksa la jalan kaki tadi,” kata Sarah Yasmin.

“Kasihan kakak sebelah aku tadi dia nak pesan Grab tak boleh sebab Celcom. Tak tau apa jadi lepas tu, rasa dia naik tren,” ciap kohadanoah.

“Terlepas naik bas sebab nak pesan Grab dua jam tak boleh,” marah Sya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI