fbpx

Bayi perempuan bertali pusat maut, dibuang orang luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi perempuan yang dijumpai orang awam pagi Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang disyaki terlibat membuang bayi perempuan di tempat parkir di Apartmen Putra Ria, Pantai Dalam, Jumaat lalu, bukanlah penduduk setempat.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, proses bedah siasat ke atas bayi malang itu telah pun selesai namun punca kematian masih belum diperoleh.

“Kita masih lagi menunggu keputusan makmal bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Tetapi apa yang dapat dikenal pasti bayi itu bukan dibunuh dan dipercayai dibuang oleh orang luar.

“Kecederaan yang terdapat pada pipi kirinya adalah berpunca daripada haiwan yang kecil,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini hari ini.

Ku Mashariman berkata, pihakya kini masih mengesan suspek terlibat meskipun ada saksi-saksi yang memberikan beberapa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai bukti.

“Kita perlu siasat secara mendalam lagi kerana jika kita lihat kawasan itu agak padat dan kekurangan fasiliti seperti televisyen litar tertutup (CCTV).

“Kita sudah mendapat sedikit petunjuk tetapi ianya perlu dilihat dengan lebih lanjut,” jelasnya.

Setakat ini, seramai enam saksi telah diambil keterangan termasuk individu yang menjumpai bayi terbabit dan individu yang berada di sekitar kawasan berdekatan.

“Kita akan melihat dengan lebih mendalam kerana daripada siasatan kita kemungkinan besar daripada orang luar.

“Berdasarkan apa yang dilihat masyarakat yang berada di sana, mereka tidak mengenali sesiapa yang mengandung (di kawasan apartmen) kerana bayi itu dilahirkan dalam keadaan cukup bulan,” ujarnya.

Terdahulu pada Jumaat Kosmo! melaporkan bayi perempuan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam di bawah Proton Iswara oleh seorang tukang sapu lebih kurang pukul 9.33 pagi.

“Ketika dijumpai di tempat parkir, bayi yang masih bertali pusat itu didapati mempunyai luka di pipi kiri.

“Fizikal bayi lengkap dan dipercayai bayi berkenaan adalah milik warga asing manakala kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan manakala hasil bedah siasat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI