fbpx

Bapa rogol anak kandung OKU dipenjara 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi Taiping, Perak atas kesalahan merogol anak kandungnya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) sejak berumur tujuh tahun.

Naratif kes pendakwaan menyatakan, mangsa yang juga menghadapi masalah pembelajaran (lembam) mengadu dirogol bapanya sekitar bulan Jun 2019 pada waktu malam ketika bulan Ramadan.

Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md. Nurdin menjatuhkan hukuman itu selepas mengurangkannya daripada 18 tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada 21 Jun 2023.

Beliau membenarkan rayuan lelaki berusia 50 tahun itu terhadap hukuman manakala sabitan dan perintah agar mengikuti sesi kaunseling ketika dipenjara serta tiga tahun pengawasan polis, dikekalkan.

Menurut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun di bilik tidur rumah mereka di Kamunting di antara 1 Jun 2019 dan 30 Jun 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun dan sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI