fbpx

Wanita roboh rumah bekas suami selepas 20 kali dicurangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACIL merobohkan rumah yang didiami bersama bekas suaminya. – TikTok

JAKARTA – Seorang pesohor TikTok dari wilayah Kalimantan Selatan merobohkan rumah yang pernah didiami bersama bekas suaminya selepas lelaki itu berlaku curang dengan lebih 20 wanita termasuk rakan baiknya sendiri, lapor portal berita Okezone kelmarin.

Acil Juleha merobohkan rumah tersebut menggunakan sebuah jengkaut.

Menurutnya, kemuncak kecurangan suaminya terbongkar  selepas lelaki itu ditangkap basah bersama wanita lain oleh penduduk setempat sebelum mereka dibawa ke balai polis.

Acil berkata, dia merobohkan rumah yang dibina dengan hasil titik peluhnya itu kerana enggan bekas suaminya mendiami kediaman tersebut bersama wanita lain.

Malah, keluarga bekas mentuanya juga meminta ganti rugi sebanyak 300 juta rupiah (RM88,051) jika Acil masih mahu tinggal di kediaman itu.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen  netizen.

“Mantap! Wang boleh dicari, tetapi harga diri harus tinggi,” kata seorang netizen.

“Bijak. Biarkan sahaja tanahnya kembali kepada keadaan asal,” kata pengguna media sosial yang lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI