fbpx

[VIDEO] ‘Bapak, bapak… ni jam rosak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dak Pizi yang juga lelaki OKU mencium gambar bapanya serta mengadu jam tangannya rosak.

PETALING JAYA – “Bapak, bapak ni jam. Jam rosak,” kata seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mengadu mengenai jam tangannya rosak terputus tali kepada sekeping gambar bapanya.

Video yang memaparkan lelaki OKU tersebut dikenali sebagai Dak Pizi tinggal di Bukit Rambai, Melaka mengadu mengenai kerosakan jam tersebut dimuat naik pada TikTok sekali gus menyentuh hati orang ramai.

Pada video itu juga, Dak Pizi dilihat mencium gambar bapanya, selain menunjukkan gambar ibunya selepas ditanya oleh pemilik TikTok yang memuat naik video itu.

Pemilik akaun TikTok Azizan Ramli on memberitahu, Dak Pizi ke kedainya mahu membaiki jam tangan tersebut.

“Koyak hati aku, dia ngadu (pada gambar bapa) jam dia rosak.

“Sayangi kedua ibu bapamu dan jangan sakiti hatinya kerana dia tidak diciptakan kedua kalinya,” katanya pada kapsyen video itu.

Dalam masa sama, Azizan memuat naik video terbaharu memaklumkan Dak Pizi menerima hadiah jam baharu sumbangan daripada hamba Allah yang tidak dikenali.

“Alhamdulillah selesai tanggungjawab saya. Ramai yang berhati mulia mesej saya nak hulurkan bantuan dan kongsi rezeki dengan sahabat kita.

“Tapi saya tak tahu mana nak carinya,” katanya.

Dak Fizi turut mengangguk dan menyukai pemberian jam tangan itu selepas ditanya oleh Azizan.

Menerusi komen yang ditinggalkan, ramai mendoakan kebaikan kepada Dak Pizi, Azizan dan pemberi sumbangan tersebut.

“Terima kasih bang atas pemberian jam tersebut kepada pakcik saya. Semoga dilimpahkan rezeki dipanjangkan umur,” kata Zikry Othman dipercayai anak saudara Dak Pizi.

“Subhanallah anak syurga nanti tarik (masuk syurga) semua ye nak. Kalau dekat boleh kawan dengan anak acik. Tak ada orang kawan dengan dia, kat sekolah je ada kawan. Kawan dengan anak-anak syurga lebih ikhlas dan jujur,” komen lavendar294. – KOSMO! ONLINE

@ijanbr Sayangi kedua ibu bapamu dan jgn sakiti hatinya, kerana dia tidak di ciptakan kedua kalinya.. #ibu #ayah #fyp #foryou #foryoupage ♬ bunyi asal – M.Riduan_Oficial92

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI