fbpx

[VIDEO] ‘Abang guard macam ni yang kami perlukan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video pengawal keselamatan menolong pelajar ketika cuaca hujan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pengawal keselamatan menolong pelajar sekolah rendah yang terkandas akibat air bertakung di depan pagar ketika cuaca hujan meraih pujian orang ramai.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @Nora Ridzwan, dalam keadaan hujan dengan menggunakan sebatang payung, pengawal keselamatan itu berulang alik menggendong seorang demi seorang pelajar yang terkandas di depan pagar sekolah ke kereta penjaga mereka.

Keikhlasan lelaki tersebut dalam melaksanakan tugas jelas terpancar melalui senyuman di raut wajahnya walaupun terpaksa berdepan dengan cuaca buruk.

Meninjau ke ruangan komen, pengguna yang lain turut berterima kasih kepada pengawal keselamatan tersebut dan turut berkongsi kisah sama yang dialami.

“Hari itu masa sekolah agama petang pun dia (pengawal keselamatan itu) angkat budak.. hantar guna payung dekat kereta masing-masing,” komen Ilyanti_1986.

“Abang guard macam ni yang kami perlukan, bukan yang duduk terpacak peluk tubuh saja bila pelajar keluar,” kata Iemahizwatie87.

“Macam sekolah saya, Aunty India jadi guard bagus sangat..kalau hujan, dia payungkan anak-anak dekat lampu isyarat masa nak lintas. Macam saya pula OKU, dia nampak saya je, terus dia pergi cari anak dekat dalam, siap pegang tangan.. risau dia,” ujar Atin Ishika. – KOSMO! ONLINE

@tahilalat83 bila KO ikhlas dgn tugas dan bekerja demi mencari rezeki krn Allah..jelas terpancar pada senyuman💛 #JagaSekolah ♬ Salju KasihNya_Siti Nurhaliza – Abg Jiwang_Official

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI