RIYADH – Jaguh tinju dunia Ukraine, Oleksandr Usyk mencipta sensasi selepas kini bergelar juara dunia heavyweight yang tidak pernah ditewaskan dalam tempoh 25 tahun apabila menumbangkan Tyson Fury.
Pada aksi yang berlangsung di Kingdom Arena, Riyadh kelmarin kedua-dua petinju terbaik dunia itu mempamerkan aksi hebat untuk 12 pusingan pertarungan tersebut.
Fury dilihat mempunyai kesempatan muncul juara apabila tumbukan hook (cangkuk) yang menerjah ke muka Usyk hampir membuatkan petinju Ukraine tersebut rebah pada pusingan keenam.
Bagaimanapun, impian petinju Britain itu menamatkan perlawanan tersebut lebih awal tidak menjadi apabila Usyk bijak menggunakan badannya sebagai pertahanan untuk meneruskan perlawanan tersebut.
Pada pusingan sembilan, Fury berdepan masalah apabila terkena tumbukan silang Usyk yang membuatkan dia rebah, tetapi perlawanan diteruskan hingga ke pusingan ke-12 sebelum pengadil memutuskan kemenangan buat Usyk dengan keputusan 115-112, 113-114, 114-113.
“Ia adalah peluang besar untuk saya, untuk keluarga saya dan buat negara saya. Ia adalah masa yang hebat, hari yang hebat. Apapun saya bersedia untuk perlawanan ulangan dengan Fury,” kata Usyk, 37, yang kini berkhidmat sebagai tentera selepas pencerobohan Russia.
Fury mengakui ia merupakan pertarungan hebat dan bersedia untuk kembali bertarung menentang Usyk .
“Saya percaya saya memenangi pertarungan itu. Saya percaya dia memenangi beberapa pusingan, tetapi saya memenangi sebahagian besar daripadanya dan itu pada pendapat saya. Saya akan kembali,” ujarnya.
Kemenangan itu membolehkan Usyk menyertai Muhammad Ali, Joe Louis dan Mike Tyson sebagai juara heavyweight yang tidak pernah dikalahkan dan menjadi petinju pertama melakukannya sejak sukan itu mengiktiraf empat tali pinggang utama pada