PETALING JAYA – Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS) meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo, Jepun.
Menurut kenyataan, MAS mengesahkan kematian pramugari, Norzana Hanim Hamzah yang dilaporkan sedang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.
“Norzana berada di hotel ketika transit di Tokyo dan dijadualkan bakal menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi bantuan sewajarnya,” katanya.
Difahamkan, punca kematian masih belum dikenal pasti.
“Bagaimanapun, hantaran daripada komuniti kru MH mendakwa dia mungkin terjatuh ketika membuat persediaan untuk penerbangan pulang,” katanya. – KOSMO! ONLINE