fbpx

Polis Australia berkas 554 pesalah keganasan rumah tangga 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR  fail 27 Februari 2022 menunjukkan aktivis membawa petisyen mengandungi nama-nama mangsa keganasan domestik dalam tunjuk perasaan di Australia. – AFP 

SYDNEY – Polis negeri New South Wales (NSW) mengumumkan hari ini bahawa pihaknya menangkap dan mendakwa seramai 554 suspek keganasan rumah tangga dalam operasi selama empat hari.

“Sebilangan pesalah keganasan domestik paling buruk di negeri ini telah diberkas termasuk seorang lelaki yang memijak pasangannya, menyebabkan mangsa mengalami retak tulang rusuk selain cedera pada muka dan buah pinggang,” kata polis NSW dalam satu kenyataan.

Tangkapan itu dibuat ketika Australia bergelut dengan kematian 28 wanita pada tahun ini atau bersamaan satu kematian dalam masa selang empat hari. Hanya 14 wanita mati dalam tempoh sama, tahun lalu.

Siri serangan berprofil tinggi ke atas wanita termasuk serangan tikaman terhadap lima wanita di sebuah pusat beli-belah di Bondi telah mengalihkan tumpuan kerajaan pada keganasan domestik dan berasaskan jantina.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘krisis nasional’ sambil mengumumkan langkah-langkah untuk membanteras ‘pornografi deepfake’ dan meningkatkan dana kepada wanita yang menjadi mangsa keganasan domestik. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI