fbpx

PM Pakistan isytihar hari berkabung selepas kematian Presiden Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif. - AFP

ISLAMABAD – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mengisytiharkan hari berkabung selepas media Iran melaporkan bahawa Presiden Ebrahim Raisi meninggal dunia akibat nahas helikopter. 

“Pakistan akan berkabung selama sehari, manakala bendera negara dikibarkan separuh tiang sebagai tanda penghormatan untuk Presiden Raisi dan sebagai solidariti bersama Iran.

“Saya bersama kerajaan dan rakyat Pakistan mengucapkan setinggi-tinggi takziah dan simpati kami kepada negara Iran di atas kehilangan besar ini,” kata Shehbaz dalam satu kenyataan di laman X.

Pemimpin Pakistan itu menerima kunjungan Raisi selama tiga hari pada April lalu dalam usaha untuk memperbaiki hubungan kedua-dua negara selepas Tehran dan Islamabad berbalas serangan awal tahun ini. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI