fbpx

Pensyarah ingatkan pelajar jangan berkira dengan ibu bapa dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Nasihat seorang pensyarah kepada pelajar-pelajarnya supaya tidak lupa memberikan duit belanja kepada ibu bapa apabila sudah bekerja mendapat pujian netizen.

Menerusi perkongsian video di TikTok Sleepynuyin, pensyarah tersebut mengingatkan agar pelajar-pelajar tidak lupa memberi duit belanja kepada ibu bapa walaupun sedikit.

Katanya, pemberian kepada ibu bapa itu pasti akan memberi keberkatan selain turut dapat menggembirakan hati mereka.

“Selitkanlah duit kepada ibu bila kamu dah bekerja nanti. Mungkin ibu bapa kami tidak perlukan duit itu, mungkin mereka sudah kaya tetapi beri sahaja.

“Tahu mengapa? Hidup kamu akan lebih berkat, saya boleh buktikan perkara itu. Cuba amalkan budaya itu, sebab budaya itu jarang diamalkan oleh generasi muda kini,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan pensyarah terbabit di atas nasihat yang diberikan.

“Setuju walaupun gaji kita tak seberapa tapi at least (sekurang-kurangnya) bagilah sikit dan jangan kedekut dengan ibu bapa sendiri,” kata S.

“Dr. Chew bukan sahaja memberi syarahan tentang pelajaran bionya tetapi dia juga memberi syarahan tentang pelajaran hidup,” kata Nur Hanna.

“Bagusnya Dr. Chew nasihatkan pelajar. Ramai rasa gaji sentiasa tak cukup sampai tak nak bagi ibu ayah. Cuba bagi sikit lepas ini mesti nampak perbezaannya,” kata Miera.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 600,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI