fbpx

Pengerusi koperasi antara tiga direman dalangi tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga suspek yang dibawa SPRM untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam.

SHAH ALAM – Tiga pegawai latihan sebuah institut kemahiran di negeri ini yang dipercayai terlibat dalam meluluskan tuntutan palsu termasuk berkaitan dobi berjumlah RM36,000 direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Sasha Diana Sabtu terhadap kesemua suspek termasuk wanita berusia 45 hingga 50 tahun.

Sumber berkata, mereka terdahulu ditahan dalam tempoh lima minit bermula pukul 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Katanya, seorang daripada suspek juga bertindak sebagai pengerusi koperasi di institut kemahiran itu.

“Penahanan mereka susulan siasatan terhadap dua pengarah syarikat yang telah direman sebelum ini.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat dalam meluluskan tuntutan bayaran palsu sejumlah RM36,000 yang dikemukan seorang pengarah syarikat swasta, tahun lalu,” katanya hari ini.

Tambah sumber, tuntutan itu adalah berkaitan menyediakan makanan dan minuman bermasak termasuk dobi yang tidak dilaksanakan pengarah syarikat itu.

Sementara tu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan tangkapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kosmo! pada 16 Mei lalu melaporkan dua pengarah syarikat direman selepas mengemukakan tuntutan palsu sehingga lebih RM40,000 kepada sebuah institut kemahiran pada tahun lalu.

Kedua-duanya termasuk seorang wanita berusia 52 dan 59 tahun itu masing-masing melakukan tuntutan palsu sebanyak RM36,000 bagi menyediakan makanan dan minuman termasuk dobi.

Selain itu, tuntutan bayaran sebanyak RM40,980 bagi kerja-kerja perkhidmatan membekal bahan latihan berserta bahan promosi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI