fbpx

Pekerja asing cecah 2.56 juta akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka melengkapkan kuota guna tenaga pekerja asing menjelang akhir tahun ini pada kadar tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah keseluruhan guna tenaga di negara ini.

Berdasarkan kuota ditetapkan itu, jumlah pekerja asing di negara ini dijangka mencecah 2.56 juta orang pada akhir tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, buat masa ini, jumlah guna tenaga di negara ini mencecah 17.1 juta pekerja.

“Malah, jumlah pekerja itu juga melebihi unjuran ditetapkan dimana ada lebihan kira-kira 20,000 pekerja,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bersama Pengurusan Pekerja Asing di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, mesyuarat hari ini juga memperakui pembekuan pekerja asing di negara ini dan setuju polisi pembekuan itu diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI