fbpx

Nenek 82 tahun berbasikal kumpul dana untuk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jones menunggang basikal selama enam jam untuk tiba di puncak Gunung Ventoux. - GETTY IMAGES

PARIS – Seorang nenek berusia 82 tahun berjaya menamatkan misi pendakian gunung menggunakan basikal bagi mengumpul sumbangan untuk rakyat Palestin di Gaza, lapor akhbar Metro UK kelmarin. 

Anne Jones dari Britain, menakluki Gunung Ventoux di Perancis menggunakan basikal selepas menempuh perjalanan sejauh 20.7 kilometer melalui laluan curam dan jauh.

Bekas pakar psikoterapi dan pekerja sosial itu berkata, dia menyahut cabaran tersebut kerana mempunyai rasa tanggungjawab terhadap rakyat Palestin.

Ibu kepada enam anak itu menunggang basikal selama enam jam pada Rabu lalu untuk sampai ke puncak pada ketinggian 1,910 meter di atas paras laut.

Dia berjaya mengumpul hampir £13,000 (RM77,391.47) untuk disumbangkan kepada Amos Trust iaitu tabung dana kecemasan untuk Gaza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI