fbpx

Masalah keluarga, Britney Spears salahkan pengaruh luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRITNEY SPEARS

BINTANG pop popular, Britney Spears mengakui sangat menyayangi keluarganya meski diuji pelbagai masalah.

“Benar saya ada masalah dengan keluarga tetapi demi Tuhan kalian tidak mampu membayangkan betapa saya menyayangi mereka.

“Pengaruh luar telah mencetuskan masalah sehingga memberi kesan kepada kami sekeluarga. Kekacauan itu yang mencetuskan masalah sehingga saling menjatuhkan,” katanya.

Penyanyi lagu Womanizer itu turut memaklumkan dia kerap menghabiskan masa dengan kanak-kanak dalam setiap majlis dihadirinya.

“Saya gemar meluangkan masa dengan anak kecil.

“Bersama mereka membuatkan saya berasa dekat dengan keluarga yang dirindui,” ujarnya.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat, Spears berbuat demikian kerana dia merindui zaman kanak-kanak memandangkan karier nyanyiannya bermula seawal usia 10 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI