fbpx

Kembali muda selepas tinggal di dalam Lautan Atlantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joseph Dituri. - LADBIBLE

LOS ANGELES – Seorang bekas pegawai tentera laut Amerika Syarikat tampil 10 tahun lebih muda selepas tinggal selama 93 hari di dalam Lautan Atlantik, lapor laman berita  Wionews semalam. 

Joseph Dituri diminta untuk tinggal di bawah lautan itu sebagai keperluan kajian saintifik mengenai kesan persekitaran tekanan air  yang kuat pada tubuh manusia.

Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, saintis-saintis mendapati telomere atau kromosom yang merangsang penuaan,  menjadi kurang aktif dalam tubuh Dituri berbanding tiga bulan sebelumnya.

Ini menyebabkan dia memerlukan masa penuaan yang lebih lama berbanding di daratan.

Selain itu, bilangan sel stem Dituri juga meningkat, manakala kesihatan keseluruhannya  menyaksikan perubahan luar biasa. 

Dia juga mengalami tidur yang berkualiti dan tahap kolesterolnya menurun sebanyak 72 mata. 

“Perubahan ini berlaku disebabkan oleh tekanan dalam air, yang diketahui mempunyai banyak kesan baik pada tubuh manusia,” kata beberapa saintis. 

Menurut Dituri, kadar metabolismenya turut meningkat dan dia akan bersenam selama lima hari dalam seminggu. 

Dituri sebelum ini memecahkan rekod dunia apabila tinggal di bawah air selama 73 hari. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI