fbpx

Kane cetus kebimbangan kem England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kanan) masih bergelut dengan kecederaan belakang badan yang menyebabkan dia terlepas aksi terakhir Bundesliga bersama Bayern kelmarin. – AFP

MUNICH – Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel mendedahkan penyerang utamanya, Harry Kane masih bergelut dengan kecederaan belakang badan menyebabkan dia tidak beraksi ketika tewas 2-4 kepada Hoffenheim pada aksi terakhir Bundesliga kelmarin.

Ke­tiadaan Kane sememangnya amat dirasai Bayern apabila ­dilihat ‘tidak bermaya’ yang me­nyaksikan penyerang Hoffenheim, Andrej Kramaric meledak hatrik dalam aksi di Rhein ­Neckar Arena itu.

Situasi itu memberikan kebimbangan dalam kem England mengenai peluang kapten The Three Lions itu beraksi pada Kejohanan Euro 2024 di Jerman yang akan membuka tirainya pada 15 Jun ini.

“Harry (Kane) masih lagi menjalani rawatan bersama doktor peribadinya, disebabkan itu dia tidak bersama-sama pasukan untuk aksi Hoffenheim ini.

“Perkara ini sebenarnya sudah bermula sejak di Madrid lagi (ketika Bayern tewas 1-2 kepada Real Madrid pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu).

“Ketika itu dia terpaksa mengambil suntikan dan jalani terapi, tetapi keadaannya bertambah teruk selepas itu,” kata Tuchel.

England dijadualkan membuka kempen Kumpulan C menentang Serbia pada 17 Jun di­ikuti Denmark (21 Jun) sebelum melengkapkan saingan berdepan Slovenia (26 Jun).

Sebelum turun ke Jerman, skuad bimbingan Gareth Southgate itu akan bermain dua aksi persahabatan menentang ­Bosnia-Herzegovina dan Iceland pada 4 serta 8 Jun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI