fbpx

Jenazah penyerang Balai Polis Ulu Tiram telah dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khemah biru di hujung tanah perkuburan merupakan kawasan kubur suspek.

JOHOR BAHRU – Jenazah penyerang tunggal insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi Jumaat lalu telah dikebumikan di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram, di sini sebentar tadi.

Van yang dipercayai membawa mayat suspek berusia 21 tahun itu dilihat memasuki pekarangan tanah perkuburan berkenaan pada pukul 12.15 tengah hari.

Proses pengebumian itu bagaimanapun hanya dihadiri beberapa penduduk kampung selain pegawai dan anggota polis.

Pengamal media bagaimanapun dihalang untuk menghampiri kawasan berkenaan sebelum diminta keluar dipercayai atas faktor keselamatan.

Ketua Kampung Sungai Tiram, Muhamad Mohamed Som, 66, memberitahu, pihaknya dimaklumkan Pejabat Kadi Daerah untuk menjarakkan lokasi kubur suspek berbanding kubur orang awam lain.

Oleh itu katanya, pihaknya telah menyediakan tapak kubur di hujung kawasan tanah perkuburan berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI