fbpx

Jantung Cham VE kena jangkitan kuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHAM kini sedang dirawayb di PPUM akibat komplikasi jantung.

PETALING JAYA – Anggota kumpulan VE, Cham terpaksa dirawat di hospital akibat jangkitan kuman pada jantung.

Sahabat seperjuangannya, Lah Ahmad berkata, Cham kini ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur sejak semalam.

“Kepada sahabat yang mengenali kawan kita, Cham kini telah ditahan di wad PPUM semalam (Ahad) kerana jangkitan kuman pada jantung,” katanya menerusi Instagram hari ini.

Dalam masa sama, pelantun lagu Kau Tercipta itu memohon doa orang ramai agar sahabatnya diberi kesihatan dan dilancarkan urusan rawatannya.

“Dengan rendah diri saya memohon kawan-kawan sekiranya sudi sama-sama mendoakan kesihatan beliau agar kembali sembuh.

“Semoga urusan rawatan beliau berjalan lancar tanpa komplikasi serius,” ujar pemilik nama lengkap Abdullah Ahmad, 44, itu menerusi Instagram.

Sebelum ini, Cham tidak pernah mendedahkan berhadapan masalah kesihatan yang kronik sepanjang bergiat aktif dalam dunia seni. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI