fbpx

Elak nama panjang, Hawra Uqaira nama pilihan Kamal, Uqasha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uqasha dan Kamal sepakat memilih nama Hawra Uqaira buat zuriat sulung mereka.

PETALING JAYA – Genap tiga minggu melahirkan zuriat pertama, pasangan sensasi, Kamal Adli dan Uqasha Senrose memperkenalkan bayi mereka sebagai Hawra Uqaira yang bermaksud suci.

Kamal mendedahkan nama Hawra dipilih kerana membawa erti cantik, putih dan bersih manakala Uqasha pula memilih Uqaira.

“Nama Hawra itu saya yang pilih, Uqasha ambil Uqaira, kita ambil seorang satu.

“Adil, tak payah berebut-rebut. Hawra maksudnya putih, bersih, cantik,” katanya dalam sebuah program televisyen.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, memaklumkan, Uqaira pula membawa erti kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan, selain harum dan wangi.

“Uqaira maksudnya kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan, harum dan wangi,” kata pelakon itu.

Dalam program sama, suaminya menyatakan mereka memang sepakat tidak meletakkan nama yang panjang untuk si kecil.

“Nama Uqaira sudah diumumkan terlebih dahulu, maka habis semua panggil Uqaira, dah tertinggal Hawra.

“Nama tak boleh panjang-panjang sangat. Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” katanya.

Tidak ketinggalan berkongsi momen berada dalam bilik bersalin pada 27 April lalu, Kamal mengakui teruja azan di telinga kanan permata hati mereka itu sebaik dilahirkan.

Pasangan selebriti terbabit mendirikan rumah tangga di Janda Baik, Pahang pada pada 5 November 2021

Sebelum ini, Uqasha pernah mendedahkan dia mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama Uqasha kehilangan kandungan ketika mengerjakan umrah selepas beberapa bulan berkahwin disusuli insiden kedua pada November 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI