fbpx

Dua lelaki ditahan miliki 50 bungkus air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CECAIR dipercayai air ketum yang dirampas dari dua lelaki di sebuah rumah di Jalan Paya Luas di Kuala Krau di Temerloh.

TEMERLOH – Polis menahan dua lelaki kerana memiliki air ketum dalam satu serbuan di kawasan sebuah rumah di Kuala Krau di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam operasi pada pukul 10 malam itu, pihaknya merampas sebanyak 50 bungkusan plastik berisi cecair warna hijau dipercayai air ketum bernilai RM500.

“Kedua-dua lelaki berusia 27 dan 35 tahun itu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Polis merampas tong plastik yang di dalamnya mengandungi 50 bungkusan plastik air ketum sebanyak 50 liter,”katanya hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal kedua-dua lelaki yang menganggur itu tidak mempunyai rekod jenayah. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI