fbpx

Cuti raya balik ke kampung sumbang kenaikan trafik perjalanan udara bulan April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertambahan pelanggan yang memilih menggunakan pengangkutan udara untuk pulang berhari raya telah menyumbang kepada pertambahan trafik penumpang udara pada bulan April tahun ini. –Gambar hiasan

PETALING JAYA – Trafik penumpang udara pada bulan April telah  mencecah kepada 7.9 juta dengan mencatat pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 19.5 peratus pada bulan April tahun lalu serta peningkatan sebanyak lapan peratus bulan ke bulan (MoM) iaitu antara bulan Mac tahun 2023 hingga Mac tahun ini.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Datuk Seri Saripuddin Kasim, berkata, pertumbuhan tersebut disumbangkan oleh perjalanan udara domestik, terutamanya perjalanan semasa musim cuti hari raya Aidilfitri yang merekodkan 3.9 juta penumpang, iaitu peningkatan sebanyak 14.9 peratus berbanding bulan sebelumnya iaitu Mac 2024. 

Menurutnya, trafik domestik menyumbang sebanyak 49.8 peratus daripada jumlah keseluruhan trafik penumpang pada bulan April 2024.

“Jumlah trafik udara pada bulan April lalu menunjukkan pemulihan berterusan sektor penerbangan. 

“Kebangkitan semula trafik antarabangsa merupakan petanda positif bagi pemulihan keseluruhan sektor perjalanan dan pelancongan global. Ia turut menunjukkan keyakinan pengguna yang teguh terhadap perjalanan udara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan statistik trafik penumpang udara terkini bagi bulan April 2024 yang menunjukkan pertumbuhan MoM dan YoY yang ketara di sini hari ini.

Saripuddin menerangkan, pihaknya menjangkakan terdapat peningkatan selanjutnya dalam perjalanan antarabangsa, terutamanya dengan pengecualian visa 30 hari bagi pelancong dari China dan India.

“Kami kekal komited dalam menyokong pemulihan industri penerbangan, memastikan standard kualiti perkhidmatan lapangan terbang (QoS) yang tinggi serta melindungi hak-hak pengguna penerbangan,” jelasnya.  -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI