fbpx

Alyah tarik diri dari program THSS disebabkan panggilan haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alyah menarik diri dari pertandingan The Hardest Singing Show disebabkan bakal menunaikan rukun Islam kelima Jun depan.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datin Alyah menarik diri daripada program nyanyian realiti, The Hardest Singing Show (THSS) bagi menunaikan ibadah haji pada 12 Jun depan.

Alyah atau nama lengkapnya Noor Hasliah Abu Hasan, 43, berkata, dia memohon maaf kepada tenaga kerja program berkenaan atas pengunduran itu.

“Saya memohon maaf kepada tenaga kerja produksi dan mereka yang menantikan persembahan saya.

“Saya tidak dapat meneruskan program ini kerana mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah haji pada 12 Jun depan,” katanya menerusi video ucapan khas pada persembahan minggu kedua rancangan tersebut pada Ahad.

Alyah turut mengharapkan agar peminat dapat mendoakan agar dia mendapat haji mabrur kelak.

“Saya mengharapkan agar kalian dapat mendoakan kesihatan saya dan mendapat haji yang mabrur nanti.

“Diharapkan juga semoga semua peserta yang terlibat dapat membuat persembahan dengan baik,” katanya.

Alyah sepatutnya menyanyikan lagu I Am The Best nyanyian kumpulan 2NE1 pada minggu kedua The Hardest Singing Show malam tadi.

Selain Alyah beberapa penyanyi lain yang turut menyertai program terbitan Astro itu ialah Ayda Jebat, Stacy, Zizi Kirana, Aepul Roza, De Fam, Aishah Retno, Putera Muhammad dan Kaka Azraff. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI