fbpx

[VIDEO] Ramai kagum mural untuk Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan mural wajah Faisal Halim pada dinding Stadium MBPJ.

PETALING JAYA – Orang ramai kagum dengan mural wajah Faisal Halim dihasilkan seorang pelukis pada dinding Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini.

Proses penghasilan mural Faisal Halim itu dimuat naik oleh seorang lelaki menerusi video TikTok YAULACAP semalam.

Terdapat dua wajah Faisal Halim dihasilkan pelukis tersebut iaitu berwarna dan hitam putih selain terdapat tulisan pada dinding iaitu ‘A dark moment in football that unites us together. We are Faisal Halim’ (detik kelam dalam bola sepak yang menyatukan kita bersama, kami ialah Faisal Halim).

Sementara itu, ramai yang memuji penghasilan mural tersebut selain mendoakan Faisal Halim supaya segera sembuh.

“Kalau Faisal Halim Allah beri bakat pandai main bola, kat awak Allah bagi bakat seni. Insan terpilih, terbaik,” komen Yusrina Nana.

“Bang, awak memang lahir-lahir masa bayi dah pegang berus cat ke. Kagum sangat ni,” ujar Bang_Yen.

“Kau orang memang insah terpilih. Terima kasih bang, tak sia-siakan anugerah daripada Allah, terbaik,” puji xitysaleha. – KOSMO! ONLINE

@yaulacap A dark moment in football that unites us together. We are Faisal Halim. 💪🏻💪🏻 #standwithfaisalhalim #stoptheviolence #muralpainting #fyp #yaulacap #faisalhalim ♬ SHIZUKA REDLINE95 – 𝑹𝒀𝑨𝑵𝑿𝑶𝑹𝑪𝑨𝒁

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI